loading...
Anna Jimenez, yang bekerja untuk syarikat penerbangan Air Asia akan memastikan semua penumpang dalam pesawat sudah selesa dan berehat dengan tenang dahulu sebelum memulakan draf penulisannya.
Selepas
selesai, Anna akan memuat naiknya ke akaun Facebook miliknya untuk
mendapatkan pandangan ramai tentang kemajuan dirinya dalam penulisan
Jawi. Apa
yang lebih menarik, Anna akan meminta pengikut dan rakan-rakannya untuk
membuat transkrip penulisan Jawi yang ditulisnya itu ke dalam tulisan
Rumi.
Bukan
sahaja untuk menilai adakah penulisannya itu betul berkualiti dan boleh
difahami, Anna turut menawarkan ganjaran bagi mereka yang boleh
menterjemahkannya dengat tepat dan pantas.
Hadiah
tersebut merupakan sebuah Photobook yang bernilai sebanyak RM90.
Rata-rata netizen memuji usahanya dalam memartabatkan tulisan Jawi yang
sekarang ini semakin dilupakan.
Difahamkan apa yang ditulis Anna adalah skrip biasa yang disampaikan oleh juruterbang syarikat penerbangan sebelum pesawat berlepas.
Difahamkan apa yang ditulis Anna adalah skrip biasa yang disampaikan oleh juruterbang syarikat penerbangan sebelum pesawat berlepas.
Pramugari
itu juga turut berjinak-jinak dengan seni tulisan khat dan selalu
menggunakan aplikasi dalam iPad untuk mengasah bakatnya. Semoga lebih
ramai lagi orang seperti Anna yang mempunyai hobi yang sangat bagus
seperti ini untuk mengisi masa terluang yang ada.
Bak
kata pepatah, "Masa Itu Emas". Jangan gunakan waktu anda dengan sesuatu
yang sia-sia kerana masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Tak
begitu?
loading...
0 Response to "(VIRAL) Fuhhhh !!! Lagi Buat Abang Disini Jatuh Hati..KAGUM....!!!! Pramugari Isi Masa Lapang Dengan Berlatih Tulisan Jawi.. ALHAMDULILLAH.."
Post a Comment