loading...
Masa
tu beliau baru sampai Malaysia, dan masih belajar lagi dengan adab dan
budaya di sini. Oklah, disebabkan murah, maka beliau pun order hot
coffee bungkus.
Alangkah terkejutnya beliau yang hot coffee itu sebenarnya dimasukkan ke dalam beg plastik ikat tepi. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik , Kami yang mendengar cerita ini gelak sakan sampai menitik air mata. Hehehehe.

Beliau
sungguh pelik dengan culture di Malaysia. Patutlah murah!!! Sebab nak
jimat punya pasal, sehingga tak fikirkan sebenarnya sangat bahaya
meletakkan air panas dalam bungkusan plastik macam di bawah ini. Sama
jek analoginya dengan botol air plastik yang dibiarkan panas di dalam
kereta. Itu juga bahaya diminum.
Tapi
ramai yang langsung tak sedar, selalu sangat buat benda ni. Bungkus air
panas dalam plastik, ikat tepi satu!! Of course saya pon tak
terkecuali. Tapi dah tak nak dah buat. Dulu tak tahu, tapi sekarang dah
tahu makan tak nak buat-buat tak tahu lagi.
Akan ku rajinkan diri pergi ambil cawan kaca dan turun ke cafe balik untuk beli teh tarik. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik ataupun bancuh sendiri punya kopi kat opis. Berikut adalah petikan dari Akhbar Harian Metro yang menjelaskan perkara ini. Meskipon Harian Metro adalah akhbar tabloid, tetapi ada juga info yang bagus boleh dishare bersama

Kecenderungan
negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali
untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut. Ini kerana
kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl
chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur
kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’.
VCM
dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.
Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat,
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal
Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan
hanya boleh digunakan semula sekali atau dua kali sebelum dibuang.
Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus
makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih
daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. “Makanan yang dibungkus
dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan
kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya. Dr
Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE)
dan PE tidak mengandungi VCM.
Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang. Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates
disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah,
namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia. “Jika peraturan ini
tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.
Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung
di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.
“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.
Dr
Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti
jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar
dicuci bersih dan melekat daki. “Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik
yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk
kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.
Kenyataan
Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya
penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada
stirofom dan polisterin. Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Pengarah
Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin
Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan
bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan
botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.
“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd
Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi
amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit
kronik. Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas
makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh
mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh. “Kertas akhbar dan
majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan.
Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan
pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi
kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya. Ketua
Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut
memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan
makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang
disifatkannya pembunuh senyap. “Bahan berasaskan plastik itu boleh
digunakan sekali dua saja.
Jika
dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan
bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya. Mohamed Siraj
berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena
cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang
ditinggalkan dalam kereta.
“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
“Sebaiknya,
untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk
digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas
dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya. Mohamad Siraj berkata,
kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik
tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan
kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.
“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia. “Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.
Mohamed
Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula.
Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik
secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar
semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar. – Harian Metro
22/01/2006
Kita
selalu lupa nak fikir, mementingkan MURAH jauh lebih penting berbanding
SIHAT. Ironinya, memang banyak benda yang kurang sihat bernilai jauh
lebih murah berbanding benda atau perkara yang sihat. Sebagai contoh,
bekas polistrin, memang murah tapi boleh penyebab kanser.
Teringat saya dahulu ketika belajar di universiti, bekas polistrin memang dah diharamkan terus. Kafe-kafe menyediakan bekas makanan selamat yang seakan kertas tapi sebenarnya diperbuat dari hampas tebu. Bukan sahaja ia tahan lasak, tapi memang menyerap minyak dan juga biodegradable.

Malangnya,
bila masuk bekerja, suasana kembali jauh berbeza. Jarang ada company
yang menekankan sangat pasal kesihataan dan pencemaran alam sekitar
dengan bekas-bekas polistrin. Apa yang penting, cepat dan semurah yang
mungkin.
Tak tahulah, mentaliti masyarakat kita lebih sukakan benda yang nampak seperi instant gratification, yang mudah murah sekarang, tapi bahaya itu dipilih; berbanding yang mahal dan agak leceh, tapi lebih menyihatkan.

Takpela, saya nak berubah. Sekurangnya-kurangnya perlahan-lahan berubah, berbanding tak berubah langsung. InsyaAllah.
loading...
0 Response to "(VIRAL) BAHAYA Bungkus Air Teh Tarik Panas Ikat Tepi Tapi Ramai Yang Suka Buat! LEPAS NIE KALAU BOLEH BERUBAHLAH YA..."
Post a Comment