loading...
Padah Duduk Di Eskalator
Bagan Serai: Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 30 minit
apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di pusat membeli belah di
sini, malam tadi.
Dalam kejadian 8.16 malam, mangsa, Mohd Rohaizad Abd Rahman, 3,
berkunjung ke pasar raya berkenaan bersama bapanya sebelum dipercayai
duduk di atas eskalator berkenaan ketika menuju ke bahagian permainan di
tingkat tiga.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai Bomba
Kanan II Nasir Wahab berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi
kejadian sebaik sahaja menerima maklumat kecemasan itu.
Katanya, lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Pihak kami terpaksa menggunakan alat pengumpil untuk mengumpil bahagian eskalator terbabit bagi menyelamatkan mangsa.
"Hampir setengah jam bertungkus lumus, akhirnya mangsa berjaya
diselamatkan kemudiannya segera dihantar ke Hospital Taiping oleh
jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk tindakan
lanjut," katanya.
Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 8.50 malam.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Peringatan Kepada Kita Semua..Lihat Pergerakkan Anak-Anak , Jangan Sampai Macam Ini..PADAH DUDUK DI ESKALATOR...Share Supaya Semua Orng Tahu Bahayanyaaa..."
Post a Comment