loading...
Gambar Hiasan
"Ini anak tokey kedai *** kan?"
Mula dari bawah sampai atas dan atas. Semua barang ada. Kalau malam
raya, lagi meriah kedai itu. Lebih meriah dari shopping mall, aku rasa.
Di kampung itu, kalau kedai ada CCTV, kira gempaklah. Alhamdulillah
sejak buka kedai itu, hidup kami sekeluarga senang.
Namun, 3-4 tahun selepas itu, keadaan kedai semakin merosot. Bukan
merosot disebabkan mak dan ayah sudah malas nak meneruskan ke apa. Ini
disebabkan buatan orang. Allahu.
Pertama, mak pernah terjumpa tahi dan jarum di depan kedai pada awal
pagi semasa mahu membuka kedai. Masa itu, keadaan kedai boleh dikatakan
masih baik lagi dan mak tidak mengesyaki apa-apa.
Selepas itu ada lagi. Satu malam itu, mak dan ayah ambil keputusan untuk
menunggu dalam kedai sehingga jam 2-3 pagi. Mereka mahu melihat dari
rakaman CCTV, siapa yang meletakkan benda-benda menyesatkan seperti ini
di depan kedai. Dalam jam 1-2 pagi, ternampak kain putih terbang di
depan kedai sekali lalu. Mak dan ayah apa lagi, terus balik.
Seterusnya ada orang yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam kedai.
Dia round-round kedai itu 2-3 kali dan terus keluar tanpa membeli
apa-apa. Mak aku dah mula rasa pelik tetapi tak apalah, husnuzon.
Selepas itu ada seorang pakcik kampung ini, dia seperti tahu yang kedai
kami terkena buatan orang. Lalu dia memaklumkan perkara itu kepada mak
bahawa kedai ini terkena buatan.
Bermula dari situlah mak ayah berikhtiar macam mana nak menghapuskan
perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Malangnya, segala usaha
mereka gagal dan keadaan menjadi semakin teruk.
Pernah sekali pembekal datang nak menghantar barang tetapi kenderaannya
berlalu pergi sahaja bila melihat kedai kami. Mak pantas menghubunginya
bertanya mengapa tidak berhenti untuk hantar abrang? Katanya tadi dia
lalu kedai, kedai tutup. Mak pun menjadi hairan lalu menyuruh dia
berpatah balik. Dia kembali semula dan memang dia nampak kedai buka elok
saja. Dia pun terkejut.
Pernah juga terjadi di mana seorang wanita tua berjalan kaki nak ke
kedai kami pada petang itu. Selepas itu pekerja-pekerja kami kalau tak
ada pelanggan, mereka akan selalu lepak duduk atas tong ais sembang
dengan makcik-makcik yang datang singgah. Biasalah kampung.
Semasa mereka tengah bersembang, mereka ternampak wanita tua ini seperti
kebinggungan di tengah jalan depan kedai. Mereka panggil wanita itu
banyak kali tetapi dia tidak dengar dan masih lagi kebinggungan. Selepas
itu salah seorang dari mereka pergi menarik dia datang ke kedai dan
barulah dia sedar.
Wanita itu berkata, semasa dia berjalan nak datang ke kedai,
sekelilingnya dipenuhi dengan hutan menyebabkan dia terpingga-pingga di
situ.
Lebih teruk lagi, telur di kedai menjadi busuk, banyak pelanggan yang
datang mengadu kata ada telur yang busuk, ada yang isi kosong. Allah!
Dan beras pula, kalau ditanak mesti ada ulat. Mak pernah tanak nasi
beras itu, memang ada. Tetapi yang peliknya aku saja yang selalu nampak.
Setiap kali nak makan nasi, mesti ada ulat.
Mak sudah banyak kali berjumpa dengan ustaz-ustaz. Memang betul ada ulat
dan telur apa semua itu buatan orang. Katanya orang Melayu, selebihnya
tidak diberitahu.
Perniagaan kedai runcit semakin hari semakin merosot teruk. Ada masa
sehari hanya mampu dapat jualan sebanyak RM20-RM30 begitu sahaja. Nak
bayar gaji pekerja pun tak lepas. Selepas itu dengan mak aku sekali kena
buatan orang. Sumpah aku tengok pun kasihan gila. Sampailah dia nak
jejak kaki dekat kedai itu pun dia tak boleh tahan dah. Mak pun jual
kedai itu.
Selepas kedai itu dijual, pemilik baru panggil ustaz bomoh datang
menangkap segala jin yang ada dalam kedai di kampung itu. Nak dijadikan
cerita, malam di mana pemilik baru bawa pak-pak bomoh tangkap jin itu,
malam itulah mak aku kena rasuk teruk. Allahu. Aku tengok pun sampai
menangis-nangis.
Rupa-rupanya ibu (jin) ada pada mak aku dan anak-anak jin itu ada di
kedai, menurut apa yang dijelaskan oleh bomoh berkenaan. Agak lama juga
mak tanggung derita terkena buatan orang, sekarang dia sudah sembuh,
alhamdulillah.
Kepada Melayu, janganlah mudah dengki. Percayalah pada rezeki Allah. Aku salute Cina. Dari pandangan aku, walaupun mereka buka kedai runcit sebelah menyebelah pun kedua-duanya boleh maju. Aku tak pukul rata, aku tak kata semua Melayu mudah dengkit. Jangan kecam aku, semua ini dari pandangan aku snediri. Sampai sini sajalah cerita aku.
loading...
0 Response to "(VIRAL) ALLAHUAKBAR !!! 'Tak Cukup Santau Kedai Runcit, Mak Aku Pun Disantaunya Sekali'...KENAPALAH DENGAN MANUSIA SEKARANG NIE..."
Post a Comment