loading...
Berdosa Keluar Dengan Lelaki Lain Meskipun Dapat Keizinan Suami
SOALAN
Apakah
hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat
kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak
melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama.
JAWAPAN
Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya.
Perbuatan
ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri.
Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti
mereka akan terjerumus ke dalamnya.
Rasulullah bersabda:
"Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan,"
(Riwayat a;'Tirmizi)
Perbuatan
membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak
nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung
dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian. - Sumber | PIXEL MEDIA
loading...
0 Response to "(VIRAL) INGATLAH KAUM WANITA...INI HUKUM SEORANG ISTERI YANG KELUAR DENGAN LELAKI LAIN,WALAUPUN DENGAN IZINNYAAA...SEMOGA INFO INI MANFAATKAN KITA.."
Post a Comment