loading...
16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar
lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat
kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami
adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi
tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana.
Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan
harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan
seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu
jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah.
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir
kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah
seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku
menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang,
kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata
agen melalui telefon.
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang
aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”,
tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak
sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter
pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah
chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di
penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi
dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat
berbeza ketika aku survey di website dan agoda.
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan
hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di
sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak,
lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah
gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang
berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif
terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat
kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai
cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan
cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin
rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik
1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam
kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat
untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan
lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku
tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau
hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk
seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107
mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana.
Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab
mandi.
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya.
Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan,
sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat
untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh.
Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti
sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram
rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah
makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur,
biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta
untuk makan malam.
Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berenti di setiap tingkat. Setiap
kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan
tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi
tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif
itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan
lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.
Aku x dapat lihat wajah dia disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap
dan hanya ada cahaya dari dalam lif, dia hanya menundukkan muka. “Going
down?”, tanya Kamila kat makcik tu. Tapi makcik tu tak jawab. Dia diam
ja. “Makcik nak turun bawah ke?”, aku tanya. Makcik tu diam jugak. Tiba-
tiba dia angkat tangan yang bersabit tu terus meluru ke arah kami. Tapi
pintu lif tiba- tiba tertutup. Ghaaammmmmmmm… satu bunyi kuat dari luar
lif. Sumpah memang kecut perut sebab kiteorang rasa makcik tu tetak
pintu lif. Sampai je kat lobi, kami lari keluar dari lif sambil menjerit
hingga ke parkir.
Sampai je parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah kat kereta.
Dorang tanya kenapa lari sambil menjerit. Kiteorang cakap nanti nak
cerita. Kiteorang makan sekitar dataran helang. Sementara tunggu makanan
sampai, Dr Idham tanya kenapa lari sambil menjerit tadi. Kamila pun
mula cerita apa yang jadi masa nak turun ke lobi. Aku nampak riak muka
Dr Idham berubah. “Kami juga kena benda yang sama”, kata Syauqi
Aku dah tak rasa nak makan malam tu. Tiba tiba rasa kenyang. Apa yang
ada dalam fikiran kiteorang masa tu macam mana nak tidur situ, dan
kenapa motel- motel lain full house di saat yang macam ni. “Tak apa kita
balik kondo kita rest, esok pagi pagi kita dah nak mula kajian
lapangan. Balik karang jangan lupa solat sebelum tidur”, kata Dr Idham.
Malam tu aku dengan yang lain sepakat tido depan tv kat ruang tamu ramai
ramai. Dalam pukul 12:30am tu boleh dikatakan masing masing dah
berdengkur kecuali aku dengan Shida hanya pejam mata tapi tak tidur.
Pukul 2:00am tiba tiba aku dengar air paip singki dapur terpasang. Yang
aku tahu dorang semua ni dah tidur. Shida cuit jari aku dan aku cuit
jari shida. Masing masing takut nak buka mata. “Kau dengar tak bunyi
air?”, bisik Shida. Aku cuma jawab aku dengar dengar nada suara
berbisik. “Makcik tu la wey kat singki”, bisik Shida sambil genggam
tangan kanan aku. Aku buka mata sedikit dan lihat ke arah singki melalui
hujung hujung anak mata saja. Sah!!! Memang makcik bersabit tadi tengah
berdiri kat singki sambil air paip singki tu terpasang. Untuk
pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung. Jadi kalau korang
duduk depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang.
Aku terus pejam mata sambil genggam tangan Shida. Ketakutan buat aku
makin berpeluh malam tu. Tiba tiba air paip singki tu berhenti dan aku
dengar tapak kaki berjalan dari sinki dapur menuju ke pintu utama.
Selepas tu aku dengan shida dah tak dengar apa apa bunyi pelik dan
kiteorang tak buka mata sampai ke pagi. Kira tidur pun tidur tidur ayam.
Tidur yang tak nyenyak. Pagi selepas subuh aku dengan Shida tanya
Kamila dengan yang lain lain sama ada dorang ada dengar apa apa tak
malam tadi. Dorang cakap dorang dengar tapi tak berani buka mata. Kamila
sorang je yang tak dengar dan tidur mati. Bersyukur sebab tak ada
sebarang histeria.
Hari kedua di Langkawi, kamj fokus dengan kerja kerja lapangan. Masa
terluang aku call agen iaitu kawan lama aku sendiri untuk tanya apa kena
dengan kondo tu. Aku nak jumpa dia tapi dia bagi alasan dia sibuk
memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam
telefon saja. Dia minta maaf atas kejadian yang menimpa dan dia offer
kami bilik lain di tingkat 6. Aku tak setuju memandangkan kami jumpa
makcik bersabit di tingkat 6. Aku tolak tawarannya dengan baik.
Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00pm. Dr Idham bagi cadangan supaya
kami bungkus makan malam dan makan di dalam bilik sahaja. Jadi tak
perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan
masing masing sangat letih. Kami sampai di kondo sekitar jam 6:00pm.
Kebetulan depan kondo tu ada orang jual durian. “why not kita makan
durian depan tu sebelum naik ke bilik, esok dah nak balik”, Azizi bagi
cadangan. Cadangan tu di persetujui oleh semua orang. Selesai makan
durian sekitar jam 7:15pm, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba
tiba ternampak seorang budak lelaki sekitar 5 tahun tengah menangis kt
tangga lobi.
Dr Idham tegur kenapa nangis. Dia cakap mak dia tinggal dia Dan dia tak
tahu nak guna lif macam mana. Kami tanya dia tinggal tingkat berapa dan
kami akan hantar kan. Dia cakap dia tinggal di tingkat 6.
Tingkat 6 okay. Tingkat makcik bersabit tu. Kami 13 orang sepakat nak
hantar budak tu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak
dengan makcik bersabit tu. Dalam lif ke tingkat 6 kami sembang sembang
macam biasa dengan budak tu. Sampai je kat tingkat 6, Syauqi tanya budak
tu bilik nombor berapa. Guess what?? Budak tu dah tak ada. Toleh kiri
kanan depan belakang memang budak tu dah tak ada. Tiba tiba saja bau
busuk sekitar kiteorang. Aku tak tau nak describe bau tu macam mana.
Tapi sangat busuk. Dari tingkat 6 kami naik tangga ke tingkat 10 untuk
ambik barang barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan
group perempuan since benda pelik makin kerap jadi. Kiteorang naik
tangga sebab lift stuck kat tingkat 13.
Selesai solat isya berjemaah, group lelaki cakap dorang tido depan tv
group perempuan tido kat master bedroom. Aku pun ok kan saja. Pukul
11:30pm semua orang tengah syok layan cite hindustan kat tv2 tiba tiba
blackout. Gelap gelita. Ruang tamu tiba tiba saja bau wangi bunga melur.
Bau tu sangat kuat tapi tak ada siapa pun bersuara. Orang tua tua cakap
bau wangi wangi ni selalunya pontianak. 6 hingga 7 minit bergelap tiba
tiba pintu utama di ketuk kuat. Tombol pintu digoncang. Ketukan tu
sangat kuat macam nak roboh pintu.
Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami di kondo tu, kami tak pernah
jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik
sabit dengan budak kecik ghaib tu je. Kereta di kawasan parkir sentiasa
penuh tapi kami tak pernah nampak manusia lain selain kami saja disitu.
Ketukan pintu tu berterusan selama lebih kurang 20 minit kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yg di seret di luar.
Bunyinya sangat membingitkan telinga. Seolah olah seperti besi yang di
seret di luar bilik kami. Syauqi intai di lubang intai yang ada pada
pintu untuk lihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit
tengah seret sabit dia depan pintu bilik kami. Makcik tu seret sabit dia
dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyi sangat
mengilukan. Aku dan yang lain lain dah takut dah mula nangis. Dr Idham
cakap jangan menjerit. Kalau takut tutup telinga pejam mata. Lepas bunyi
seret seret tu hilang tiba tiba ja pintu sliding balkoni kat ruang tamu
terbuka. Angin menderu masuk. Angin tu bawa bau yang sangat busuk. Bau
kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide tu.
Memang pintu tu tak boleh kunci sebab rosak.
Selepas itu bunyi bunyi ketuk pintu bagai tu hilang macam tu je. Malam
tu memang kami tak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul kat
ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur kat sofa. Aku ingat
semua gangguan dah reda. Rupanya tak. Pukul 3:00am air paip singki
dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersuluh cahaya telefon bimbit,
nampak kelibat manusia berdiri di singki. Aku mampu nangis dan hanya
ingat nak balik rumah cepat cepat.
Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan
ada suara. Bau bunga melur tu datang balik. Azizi tiba tiba bangun dan
azan. Kelibat tu tak berganjak tak bergerak hingga habis azan. Air paip
masih terpasang. Tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba
tiba tombol pintu utama di goncang dengan kuat di selangi dengan
ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting macam ni memang dah tak
ingat bacaan surah atau doa doa pelindung.
Aku dah macam orang pakinsen terketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu takut.
Syauqi buka yotube bacaan alquran 30 juzuk. Gangguan tu tetap tak
hilang. End up Dr Idham cakap dia nak pergi buka pintu tu nak tengok
siapa yang ketuk. Dia cakap kita berserah pada Allah dan kita tawakal.
Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu.
Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk
dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what?? Air paip
singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas
tu. Kami tak tidur sampai ke subuh.
Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang,
bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu
nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam
renang. Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun.
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop
kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah. Agen cakap letak je kat dalam
bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak.
Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik. Sementara
tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat
lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur. “Awak
semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun”. Dr Idham
jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107
dengan 1005. Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni
tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik
1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup.
Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang
dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni.
Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg
kami cakap kan tu. Malah tempat parkir kereta yang kami parking tu pun
dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang
tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan
dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni. Sebab itu dia sangka
yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik
yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak
siram lalang.
Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi.
“Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak
kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu” Kata azizi. Kami lintas
jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia
memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap
bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai.
Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu
masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga
awal kemarin kerana tak sedap hati.
Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami
sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu
disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu.
Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal
loading...
0 Response to "(BETUL-BETUL VIRAL) Akhirnya IDENTITI Makcik Tua Yang Kami Selalu Nampak Di Tingkat 6 Kondominium Di LanGkawi ini TERBONGKAR. Rupa-Rupanya Makcik Tu…"
Post a Comment