loading...
Saya
selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat
kita semua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga ada
teladan dan sempadan di sana.
Saya
kahwin umur 22, kira awal la juga, selepas saya frust sebab tak dapat
sambung belajar. Saya student cemerlang..tapi masalah keluarga buat saya
terkapai-kapai. Saya mula bekerja umur 18 tahun iaitu selepas
SPM..menyara hidup sndiri.
Awal
perkahwinan memang happy, walaupun selalu tergigit lidah. Tapi hanya
bertahan tiga tahun.. selama itu bermacam-macam dugaan..suami saya
dilamar oleh sorang student yang merupakan andartu.. waktu itu ekonomi
kami sangat kritikal..saya tidak kerja..anak dah 2 orang..
Suami
pula baru start keja..so saya cakap elok-elok dengn pompuan itu, jangan
ganggu..tapi saya dimarah-marah dan suami pula membela dia. Pedih!!..
Masalah
itu selesai setelah saya adukan kepada mak perempuan itu dan kami
teruskan hidup seperti biasa..walaupun hati saya dah retak. Saya
maafkan..
Kehidupan
kami sempit..suami memang nak saya merasa susah dulu
katanya..kadang-kadang tempat saya tidak ada air saya sendiri akan naik
turun bukit angkat air untuk mandi, membasuh masak dan lain-lain.
Saya
terima semua ini sebab saya isteri, saya nak syurga, saya pernah cakap
kepada suami supaya kami sama-sama ubah kehidupan, saya nak rasa apa
yang orang lain rasa walaupun tidak hidup mewah.
Tapi
suami akan marah, katanya saya tidak sabar, jadi saya diamkan diri dan
redha sebab saya tidak suka dia marah. Selalu keperluan rumah tidak
cukup hingga anak saya dah pun masuk 3 orang, saya masih gunakan lampin
kain.
Pernah
mesin basuh rosak, jadi lampin itu saya akan basuh cepat-cepat dan
jemur sekejap, lepas tu saya akan strika dan guna semula kerana kain
lampin tidak banyak,.
Saya
tetap gembira selagi suami masih menyayangi saya, saya pernah cakap pada
dia, saya terima semua kekurangan asalkan dia hargai kasih sayang saya,
sama-sama setia mengharungi suka duka.
Untuk
membeli keperluan tidak cukup, saya mulakan berniaga secara
kecil-kecilan di rumah, tapi duit tidak pernah simpan sebab dia nak
guna, kalau dapat dapat RM30 saya bagi dia RM25, RM5 saya simpan untuk
beli apa yang patut.
'Ribut'
datang lagi bila anak dah masuk empat orang, waktu itu saya tumpah
darah, saya sudah mengigil-gigl lemah tapi dia 'relax' sahaja.
Saya
minta dia hantar ke klinik, semasa nak masuk klinik dia langsung tidak
pimpin tangan saya sedangkan saya rasa macam nak mati. Rupa-rupanya dia
tengah tergilakan seorang perempuan muda yang baru habis sekolah.
Dia
sanggup tinggal saya sakit di rumah dengan anak-anak kecil kerana
hantarkan perempuan itu balik kampung, hanya tuhan yang tahu hati saya
merintih bersendirian.
Akhirnya
satu hari ketika saya menyusukan anak saya yang merupakan seorang OKU
berumur setahun, dia bagitahu yang dia nak kahwin dengan perempuan tiu,
katanya dia nak saya terima, tidak boleh banah kerana emak dan ayah
perempuan itu dah mengharap.
Allahurabbi.. saya sudah tidak mampu bercerita, keorang semua faham-faham sendiri.
Saya
terima walaupun airmata saya sudah kering, saya tidak mampun mengadu
kepada sesiapa, emak saya pun tengah sakit, saya telah sendirian tanpa
kawan-kawan, tanpa siapa-siapa, saya gagahkan diri menguruskan anak-anak
kecil yang nakal, dia tak bagi saya keluar rumah kerana tidak mahu saya
mengadu kepada sesiapa.
Bermulalah
dunia gelap saya..selalu ditinggalkan tanpa nafkah, kadang-kadang tiada
lauk di rumah. Dia kononnya hendak berlaku adil tetapi menipu sahaja,
Bila saya minta lebihkan perhatian kat anak-anak, dikatanya saya
mengada-ngada dan saya kena mengalah sebab saya yang tua.
Saya
banyak menangis, tidak tahu apa yang harus saya buat, 2 tahun saya
merana, makan hati, saya dah macam bangkai bernyawa hingga akhirnya saya
jatuh sakit yang teruk.
Satu
hari, seorang sahabat saya kata, "kau takkan mempu ubah hati manusia,
tapi kau mampu untuk ubah nasib sendiri,bangunlah!!, kau bodoh kalau
terus macam ni,"
Saya tersentak, saya terus tersedar, memang saya bodoh, buat diri sendiri tersiksa.
Sejak
hari itu, saya kuatkan semangat, saya cari ekrja, Alhamdulillah saya
dapat kerja sebagai pembantu kedai, saya uruskan anak-anak sendirian.
Saya amat berterima kasih kepada jiran yang amat memahami, sudi emnjaga
anak saya tanpa upah, ALlah dah atur segalanya.
Lima
tahun berlalu, saya failkan perceraian kerana sudah berapa lama dia
tidak bagi saya nafkah, rumah sewa pun saya yang bayar dan hampir
setahun tidak bagi nafkah batin.
Tengok saya pun dia dah malas, dia memang tak nak lepaskan saya, dia nak gantung tidak bertali.
Alhamsulillah,
saya minta tolong sahabat saya untuk guna khidmad peguam swasta dan kes
berjalan dengan lacncar, Tapi saya langsung tidak dapat harta, nafkah,
edah dan mutah daripada suami. Tetapi saya bersyukur dapat semua
anak-anak.
Saya
mulakn hidup abru sebagai janda, saya berdiri demi anak-anak, segalanya
saya uruskan sendiri. Allah berikan saya rezeki yang luas, saya mampun
untuk berniaga sendiri. Saya jaga anak-anak saya, didik mereka
elok-elok. Tiada yang lebih membahagiakan selain anak-anak solehah.
Sejuk
hati saya bila anak seawal umur 9 tahun sudah boleh mengimamkan solat
dengan bacaan surah al fatihah dan surah lain dengan lancar.
Merekalah
harta ayan dunia dan akhirat, saya tidak suka bersosial, keluar dengan
kawan-kawan, lepak-lepak, karaoke lagilah tidak pernah, sebab saya nak
jadi contoh yang baik kepada anak-anak.
Alhamdulillah,
sampai sekrang dah ada anak saya menjangkau umur remaja, anak-anak saya
tidak pernah buat masalah, tidak pernah couple macam budak-budak lain
dan turut cemerlang di sekolah.
Itulah
kebahagiaan saya dan redup hati ini bila tiap-tiap tahun anak-anak
dapat anugerah pelajaran di sekolah. Syukur Ya Allah...
Sekrang ini dah 10 tahun saya single, ramai yang cuba berkawan...bujang, laki orang, duda..tapi saya tidak berkenan.
Saya
pula jenis badan tidak gemuk, agak tinggi dan ramai yang kata seperti
belum ada anak..maaf,, bukan saya nak bangga,tapi untuk mengingatkan
yang fizikal kitam status kita bukan lesen untuk kita enjoy dengan
lelaki.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain, Isteri Lima Bulan Digantung Tidak Bertali Sebelum Sedar Bahawa Dirinya...."
Post a Comment