loading...
Ketahui 5 Maksiat Yang di Segerakan Balasannya!
- Gambar hiasan |
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai
kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya
(kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu.
Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa
itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir
(nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus
terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang
cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa
penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka
mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan
dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan
pepimpin mereka.
3. Dan tiada
menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air
hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas
permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah
swt.
4. Dan tiada mereka
mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke
atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada
apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila
pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung
dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di
saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri
“.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan :
Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh
mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti
hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca
daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
5. Perang saudara
yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada
mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran
sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
loading...
0 Response to "(VIRAL) KISAH BENAR !!! BACA SEBELUM KITA TERLAMBAT Ketahui 5 Maksiat Yang di Segerakan Balasannya!"
Post a Comment