loading...
Lumrah
buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami,
mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produkproduk kosmetik
sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak
menghabiskan wang daripada lelaki sematamata ingin menjaga
penampilannya agar selalu cantik dan mempesona. Namun, harus diketahui
bahawa tidak semua dandanan itu halal. Ada beberapa cara berdandan
wanita yang ternyata bertentangan dengan ajaran islam. Contohnya
berdandan seperti wanita kafir yang tidak pernah solat berwudhu kerana
takut make upnya luntur terkena air. Ini sudah sangat salah, jadi sudah
jelas melanggar aturan islam.
Bagi
wanita muslimah, sebaiknya hatihati ketika ingin berdandan. Kerana 6
dandanan seperti ini rupanya haram buat wanita muslim.
1. BERLEBIHAN DALAM BERHIAS
Dandan
yang diharamkan pertama adalah berlebihan dalam berhias, seperti
memakan banyak masa semasa mencari kosmetik atau perhiasaan yang
diinginkan. Lalu, juga menghabiskan banyak wang untuk membeli kosmetik dan juga perhiasaan tersebut.
“Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan, mahkluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. AlIsraa ayat 27).
2. MENGHABISKAN BANYAK MASA DIDEPAN CERMIN
Sesungguhnya
yang berlebihlebihan itu sangatlah tidak baik. Menghabiskan banyak
masa bersolek didepan cermin dengan berbagai macam make up adalah
cara dandan yang haram untuk wanita muslim.
3. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ramai
wanita sekarang ini nak cantik, tapi sayangnya kecantikkannya itu
dilaknat. Bulu kening yang ciptakan Allah dicukur nipis, kemudian diukir
dengan
pensel warna. Nak cakap kerja sendiri lagi cantik berbanding Allah ke ?
Rasulullah
melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening . ( Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari )
4. MENYAMBUNG RAMBUT
Seterusnya,
berhias yang haram buat wanita adalah menyambung rambut. Menyambung
rambut diharamkan bagi wanita muslim kerana dapat membahayakan
diri mereka sendiri.
Rasulullah
SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta
disambungkan rambutnya.” (HR. AlJami’ ashShaghir).
5. BERDANDAN MENYERUPAI LAKILAKI
Berdandan
tidak hanya menggunakan kosmetik, juga menggunakan pakaian dan
perhiasaan. Wanita yang suka berdandan dengan menyerupai lakilaki
seperti
menggunakan pakaian lelaki adalah haram hukumnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai lakilaki.” (HR. AlJami ashShaghir).
6. MEMBUKA AURAT
Membuka
aurat adalah haram baginya baik lakilaki maupun perempuan. Aurat hanya
boleh dilihat oleh muhrimnya saja, selain itu dosa baginya.
Rasulullah
SAW bersabda, “Lakilaki tidak boleh melihat aurat lakilaki lain, dan
wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).
Tidak
salah untuk kelihatan cantik, tetapi berpadapadalah dan ikutlah
syariat islam. Sudah jelas jika wanita yang berdandan secara berlebihan
itu sangatlah
tidak
baik dan bahkan berdosa. Jadi, jika anda seorang wanita muslimah, sudah
semestinya anda sedari hal ini untuk terhindar dari perbuatan maksiat
dan juga
dosa kepada Allah
loading...
Pokies, online casino | Kadangpintar
ReplyDeletePokies, online casino. Pokies - Online Pokies, Online Pokies, Online 온카지노 Pokies, Online Pokies, 제왕 카지노 Online Pokies, Online Pokies, Online worrione Pokies,