loading...
"Sebaik sahaja isteri saya melahirkan anak kami, bayi yang keluar seakan normal.. anak kami menangis seperti bayi lain, tetapi matanya tertutup.. kami anggap ia perkara biasa.. sehinggalah doktor mengesahkan bahawa anak kami tidak bermata kerana.."
Pasangan
suami isteri pada mulanya tidak menyangka bayi lelaki mereka yang tidak
membuka mata walaupun selepas seminggu dilahirkan sebenarnya tidak
mempunyai mata.
Ibu
muda, Liu Peihua dari Guangzhou City, wilayah Zengcheng, Selatan
Guangdong berkata, dia terkejut kerana tidak mengalami sebarang isu
kesihatan semasa proses kehamilan.
Kecacatan
yang dialami bayi yang dinamakan sebagai Xiao Ming tidak disedari oleh
doktor dan hanya akan diketahui selepas dilahirkan.
Peihua
berkata, bayinya menangis kuat dan menggerakkan anggota badannya ketika
dilahirkan namun doktor dan keluarganya mendapati bayi itu menutup
matanya.
Hasil pemeriksaan teliti yang dibuat doktor, bayi itu sebenarnya tidak mempunyai mata.
Pakar
berkata, bayi berkenaan menghidap anophthalmia iaitu keadaan kesihatan
di mana ketiadaan satu atau kedua-dua mata yang disebabkan oleh
hilangnya tisu okular
Menurut
doktor, anaphthalmia sukar dikesan melalui imbasan walaupun dilakukan
secara berkala semasa proses perkembangan kanak-kanak di dalam rahim.
Sementara itu, Xiao Ming akan turut menjalani pemeriksaan lain bagi memastikan tiada kecatatan lain yang dialaminya.
loading...
0 Response to "(TrenDing) Sedih.. Kedua Ibu Bapa Ini Tidak Sangka Bayi Yang Dilahirkan Tidak Bermata.. Semoga Bayi Tersebut Sihat Dan Ceria Seperti Bayi-bayi Lain.. Aminn."
Post a Comment