loading...
LUAHAN WANITA YANG DICURANGI SUAMI PALING POSITIF. RUGI SIAPA TAK BACA
Assalamualaikum. Admin tolong hide nama saya. Saya banyak membaca luahan rasa isteri/tunang/bakalisteri yang kadang-kala buat saya tersenyum sendiri.
Adik-adik, saya dah berkahwin lebih 20 tahun. Pahit getir, tersungkur,
tertiarap saya dah lalui. Hidup berumahtangga bukan seindah impian. Satu
ketika dulu saya pernah dicurangi suami. Hancur hati saya hanya Allah yang tahu.
Namun saya tidak mengamuk, saya tidak histeria. Sebaliknya saya muhasabah diri. Saya tetap layan suamidengan
baik sehingga dia tertanya-tanya kenapa saya baik pada dia? Saya jawab,
‘Sekurang2nya andai kita berpisah esok abg akan ingat kebaikan saya
& bukan kejahatan saya.”
3 tahun saya menangis dalam senyum. Namun saya tekad perbaiki diri. Saya
selalu kata pada diri saya sendir, kalau org tak sayang saya, lebh baik
saya sayang diri saya sendri. Saya make over diri saya, saya sambung
belajar untuk lupakan kesedihan.
Pada saya andai satu hari nanti suami memilih
perempuan itu dan saya harus mengundur diri saya mahu berundur dgn amat
bergaya. Saya tidak secantik dan sekaya perempuan itu. Tapi saya
berilmu dan ada jawatan tetap dan bergaji tinggi. Itu azam saya. Saya
ibarat berdendam dalam diam.
Allah Maha Kaya dan Pengasih. Setiap kali lepas solat saya membaca yasin dan berdoa.
“Ya Allah ya Tuhanku, andai ini takdirku kuatkanlah imanku dan tabahkn lah hatiku menghadapi ujianmu. Andai ada belas ehsanmu pisahkan lah mereka ibarat engkau pisahkan antara langit dan bumi dan antara syurga dan neraka. Namun andai mereka berjodoh berikan aku kekuatan untuk pergi dari hidup mereka”
Allah mendengar rintihan hati saya. Akhirnya suami bagai
tersedar dari mimpi yang indah. Menangis memohon kemaafan lalu membawa
saya dan anak-anak berpindah agar jauh dari perempuan tu. Sehingga kini
alhamdulillah suami sangat menyayangi saya dan anak-anak.
Pesan saya untuk adik-adik yg dicurangi tabahlah dan sayangi diri kita.
Tak perlu biarkan kita hanyut oleh kesedihan dan kegagalan. Bangkit dan
tunjukkan siapa kita yang sebenar. Lepaskan mereka yang menyakiti kita.
Ingatlah, andai ia milik kita, dia tetap akan kembali pada kita. Namun
andai dia bukan milik kita, terimalah dengan redha dan senyumlah kerana
cahaya tetap ada di hujung kegelapan.
loading...
0 Response to "LUAHAN WANITA YANG DICURANGI SUAMI PALING POSITIF. RUGI SIAPA TAK BACA.. BANYAK PENGAJARAN DALAM CERITA..."
Post a Comment