loading...
KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang pelik meskipun di zaman moden ini.
Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembunuh dengan meminta
pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia
lain menggunakan cara halus begini.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula,
tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama
pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa
nafsu.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau.
1996Saya dijemput menjadi imam qiamulail,
selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi,
dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya
muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy
terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2
tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti
dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju
putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan
muka”.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia
nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah
badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya
kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau
dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya
Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian
Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu
pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung,
kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit,
pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana
rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997Kesakitan akibat disantau berterusan dan
mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang
membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin
menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor
mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa
jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan
dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni
dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi
kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir
saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur..
Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7
perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu
saya terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi
saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..
saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis,
saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang
orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn
kata-kata ustaz”
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk
dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku
betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya
maafkan mereka.
Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami
akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka
datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..
langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.
2001
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak
sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak
macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya
dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat
mengingati orang di sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga
mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan
tradisional datang membantu.. saya ucapkan terima kasih kepada Dato’
Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang
tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat
dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..
Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja
tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan
mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah
pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu
perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata
pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur,
takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin
Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia
menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis manusia
ini… Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian
ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu
mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima
Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias
loading...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKami membekal peralatan pejabat dengan penghantaran percuma untuk Lembah Klang & Selangor:
Produk:
Trolley (Prestar/Mystar)
Electronic Typewriter
Paper Shredder
Binding Machine
Facsimile
Laminator
Digital Time Recorder
Whiteboard
Steel Dust Bin
Franking Machine
Counting Machine
Check Writer
Paper Cutter
Newspaper Rack
Labeling Machine
Money Detector
Steel Furniture
Megaphone Loud Hailer
*Jaminan kilang.
*Penghantaran percuma
*Tiada caj GST/SST.
*Termasuk Latihan Kepenggunaan
Hubungi:
En. Man: 019-393 5571 (Whatsapp/Call/SMS)
Syarikat DN Global Resources
Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
Website: www.dnglobal.weebly.com