loading...
Wang mengejutkan peminatnya apabila memuat naik post di Weibo baru-baru ini mendakwa teman lelakinya selama tiga tahun telah menderanya.
Status Wang berbunyi:
“Sudah tiga tahun saya bersama dengan awak. Saya mengaku pada mulanya, saya memilih untuk bersama awak kerana harta. Dalam masa tiga tahun ini, awak mendera saya dengan teruk dan memukul saya tanpa bela kasihan, namun saya memilih untuk bertahan.
Cuba fikirkan, masih ramai jejaka yang inginkan saya dan mereka juga kaya raya. Jika ianya hanya kerana harta, mengapa saya memilih untuk menderita dengan awak selama tiga tahun!
Sehinggalah malam semalam, saya sudah tidak mampu bertahan lagi apabila awak memukul saya sehingga payudara saya berubah dari bentuk asalnya dan hampir pecah! Jika awak baling beg yang dipenuhi wang kepada saya dan mahu menampung perbelanjaan untuk pembedahan plastik, saya tetap mahu awak tinggalkan saya!
Saya pernah sayangkan awak, saya mengaku tentang hal itu tetapi sekarang, saya mahu putuskan hubungan ini. Benar, ianya sudah berakhir antara kita, tolong tinggalkan saya dan jangan pernah muncul dalam hidup saya lagi selepas ini. Saya tulis status ini kerana saya mahu orang lain tahu bahawa hubungan kita sudah berakhir. Jika saya masih bersama awak, bermakna saya tidak membuat keputusan yang betul untuk kebaikan diri saya.”
Difahamkan, pembedahan plastik yang telah dilakukan pada
seluruh badannya menelan kos yang (sangat) banyak. Wang telah berhabis
sebanyak satu juta Yuan (RM646,692) untuk pembedahan itu.
Wang turut berkongsi gambarnya selepas didera dengan begitu teruk,
menunjukkan kecederaan yang dialaminya. Mulutnya boleh dilihat bengkak
di bahagian kanan, manakala mata kanannya juga terdapat kesan lebam dan
bengkak. Lutut dan juga payudaranya turut cedera dengan kesan lebam yang
sangat jelas kelihatan.
Status Wang itu mendapat perhatian netizen namun ada juga yang
mengkritik dan mengatakan ianya hanya propa semata-mata. Mereka
mengkritik tindakan Wang yang kononnya sempat memakai bulu mata palsu
sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman web itu selain
mendakwa ianya hanya gimik untuk menaikkan popularitinya.
Ada juga netizen yang menyebelahinya mengatakan dia harus
sentiasa nampak cantik dan memakai solekan serta bulu mata palsu sebelum
mengambil gambar memandangkan dia adalah seorang personaliti online
loading...
0 Response to "(VIRAL) Model Bongkar Kisah Didera Teman Lelaki Selama 3 Tahun, Hingga Implan Hampir Pecah"
Post a Comment