loading...
Anak Saya 9 Orang Semua Berjaya Tapi Saya Tidak Bangga Kecuali Yang Bongsu Baru Darjah 6
Disebalik
kejayaan yang diidamkan ibu bapa dengan kerja besar atau berjaya belajar
ke puncak menara gading, pasti ramai ibu bapa sebenarnya inginkan
anak-anak mereka berjaya di dunia beserta amalan untuk berjaya di
akhirat.
Tetapi jika dilihat
dengan situasi sekarang, ramai antara kita lebih ramai mengejar
kejayaan di dunia sehingga ada yang terlupa akan bekalan amalan yang
akan menjamin kita diakhirat nanti.
Sebuah status yang
dimuatnaik oleh Mek Siti di mana beliau telah memanjangkan kisah
perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dalam Mau'izati radio IKIM.FM
minggu lalu.
Kisah ini sungguh menyentuh hingga ke lubuk hati apabila membacanya.

Ia mengisahkan
seorang bapa yang mempunyai ramai anak berjaya tetapi dia tidak bangga
sebaliknya begitu bangga dengan anak bongsunya yang berumur 9 tahun.
Apa yang membuatkan beliau begitu berbangga dengan anak itu, jom sama-sama kita baca.
Ustaz, saya ada 9
orang anak, anak-anak saya semua hebat-hebat. saya tidak bangga langsung
dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz. Saya mula bangun tahajud
sebab anak yang kesembilan ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu malam
ustaz,saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya, saya
bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan
ambil wuduk, saya tunggu kat luar.
Apabila dia keluar
saja, saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya ambil wuduk abah"
"kenapa ambil wuduk? "Adik tak solat isyak lagi?" "Adik nak solat
tahajud bah" dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn
dia.kemudian anak saya solat di ruang tamu.saya tengok dia berdiri
ustaz. Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak
perempuan saya menangis dalam tahajud dia. Waktu mana saya terdiam
tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .
Namun selesai
sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah.Waktu
mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis.
Saya dengar dia sebut pada Allah dlm bisikan dia, " Ya Allah
ampunkan dosa ayah saya ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya
Allah. ayah saya tak bangun ya Allah, ayah saya tak tahajud ya Allah,
ibu saya tak bangun" dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz.
Saya tanya
kenapa adik menangis? adik nak tengok abah solat dengan adik" " bangun
malam dengan adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku
darjah 6, dah bangun tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun
lagi". saya kesat air mata dan janji dgn dia, akan bangun selalu dan
solat dengan dia.
Bila kita diuji dgn
penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tidak seperti yang lain.
Kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa kurang.
Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita
menang untuk kehidupan akhirat. dan kita kenal mana yang kita nak tuju
sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita.Bila kita buat dosa pada siang
hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat
dosa mlm hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi
tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa
kita...Allah.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Anak Saya 9 Orang Semua Berjaya Tapi Saya Tidak Bangga Kecuali Yang Bongsu Baru Darjah 6..."
Post a Comment