(VIRAL) AKIBAT MEDIA SOSIAL Lelaki Cuba Penggal Kepala dan Cungkil Biji Mata Tunang, Dakwa Halau Hantu Yang Merasuk Wanita Itu..

loading...
Hukuman yang dikenakan kepada pembunuh lelaki paling kejam di Singapura pada tahun 2011 hanyalah penjara selama 10 tahun.


Lima tahun lalu, Gabriel Lee Haw Ling, seorang pengawal keselamatan ditangkap kerana membunuh tunangnya, Elsie Lie Lek Chee, 24,  dengan cara yang sangat kejam. Menurut Gabriel, dia bertindak sedemikian kerana tunangnya itu telah dirasuk dan cuba menghalau ‘hantu’ itu.
Gabriel dilaporkan cuba memenggal kepada tunangnya dengan pelbagai jenis peralatan termasuk gunting pemangkasan, gunting, alat pembuka tin dan tukul besi. Dia juga dikatakan memotong kaki kanan dan turut mencungkil mata Elsie pada 30 March 2012.

Sebelum itu, kira-kira jam 6 petang, salah seorang rakan serumah mendengar Gabriel mengeluh dan pasangan itu berbual dengan nada yang tinggi di dalam bilik air di bahagian dapur.
Rakan tersebut kemudian keluar dan pulang semula pada jam 8.45 malam dan mendapati pasangan itu masih di dalam bilik air. Malah, jiran di tingkat atas flat itu mendengar suara lelaki (Gabriel) menjerit, ‘Pergi! Pergi terbang semula ke udara!’.
Selepas beberapa ketika, pasangan itu akhirnya keluar dari bilik air tersebut dan rakan serumah mereka memerhatikan keadaan Elsie yang kelihatan pucat dan dibantu oleh Gabriel untuk berjalan masuk ke bilik mereka.
Namun, ianya tidak berakhir di situ apabila mereka masih mendengar suara keluhan dan bising sehingga jam 11.08 malam. Rimas dengan apa yang berlaku, penyewa tetap di rumah itu menghubungi polis dan memberitahu apa yang berlaku.


Dua pegawai polis kemudian tiba kira-kira jam 11.17 malam dan mengetuk pintu bilik pasangan itu. Gabriel kemudian membuka pintu dengan tenang dan memberitahu pegawai berkenaan bahawa berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
Pegawai itu menyedari keadaan Elsie yang lemah dan terbaring di atas tilam namun tiada kecederaan fizikal dilihat padanya. Elsie kemudian memberitahu mereka bahawa keadaannya lemah kerana baru sahaja melakukan pengguguran.

Selepas memastikan keadaan terkawal, kedua-dua pegawai itu beredar pada jam 11.40 malam dan mengingatkan pasangan itu supaya tidak bertengkar dan menganggu penyewa yang lain.


Namun, penduduk di flat berkenaan masih mendengar suara Gabriel menjerit, mengeluh dan meraung sepanjang malam itu.
Keesokan harinya, kira-kira jam 6.30 pagi, rakan serumah menyedari terdapat darah di pintu bilik pasangan itu dan memberitahu penyewa tetap yang kemudian menghubungi pasukan paramedik.
Pasukan paramedik tiba 10 minit kemudian dan mendapati badan Elsie yang tidak memakai baju dipenuhi darah dengan kepala yang hampir putus, terbaring di atas Gabriel dalam keadaan bogel di atas tilam.

Ketika pasukan paramedik menunggu ketibaan pihak polis di ruang tamu, Gabriel telah mencungkil mata tunangnya itu dan mencampakkanya ke luar tingkap. Pihak polis tiba beberapa minit kemudian dan melihat Gabriel sedang melutut di sebelah mayat tunangnya sedang melafazkan sesuatu sambil tangannya memegang objek berwarna kuning menyerupai salib.
Meskipun menyedari kehadiran polis, Gabriel tetap tidak mempedulikan mereka dan meneruskan apa yang dilakukan itu sebelum ditahan.
Polis menemui beberapa sudu logam yang sudah bengkok dan garfu terbelit di rambut Elsie. Biji mata Elsie dan gumpalan rambut kemudian ditemui di kaki blok berkenaan.




Selepas proses bedah siasat, mereka mendapati Elsie mengalami beberapa kecederaan di kepala, leher dan anggota badannya termasuk kesan kelar sepanjang 12 sentimeter di leher kerana Gabriel turut memotong saraf tunjangnya.
Elsie berjumpa dengan tunangnya yang berusia 37 tahun itu melalui laman sosial. Selepas dua bulan mengenali antara satu sama lain, mereka membuat keputusan untuk tinggal bersama dan menyewa bilik pada bulan Jun 2011.
Gabriel ketika itu sedang dalam proses perceraian dengan bekas isterinya. Namun pada Disember 2011, Gabriel mendakwa rumah yang mereka duduki itu berhantu dan tunangnya telah dirasuk.
Khamis lalu, Gabriel mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh tanpa niat di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Terdahulu, Gabriel didakwa atas pertuduhan membunuh tetapi dikurangkan kerana laporan psikiatri mendapati bahawa dia mempunyai gangguan psikotik.
Korang hati-hati lah ye kalau kenal orang melalui internet tu. Jangan cepat sangat jatuh cinta tanpa tahu latar belakang. Psiko betul weh!
loading...

0 Response to "(VIRAL) AKIBAT MEDIA SOSIAL Lelaki Cuba Penggal Kepala dan Cungkil Biji Mata Tunang, Dakwa Halau Hantu Yang Merasuk Wanita Itu.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close