(VIRAL) Adik Apa Adik Buat Tuh? Biar Betol Adik? Bapa Terkejut Lihat Anak Makan Gula-gula Menyerupai Deodorant.. Lepas Ni Tungkat Moto Pon Boleh Jdi Gula-Gula..

loading...

Bapa Terkejut Lihat Anak Makan Gula-gula Menyerupai Deodorant



Hati setiap ibu bapa pasti tidak keruan apabila melihat anak kesayangan makan sesuatu yang membahayakan. Luruh jantung dibuatnya ooiii…
Seorang lelaki yang menggunakan nama Apengg Impian di Facebook kongsi detik mendebarkan ketika dia melihat anaknya sedang menikmati makanan yang seakan-akan sama dengan sesuatu yang bahaya jika dimakan.
Ya Allah…Terkejut ayah bila tengok anak ayah hisap gula-gula mengandungi cecair manis yang menyerupai pewangi ketiak ayah,” katanya.



Menurut Apengg, gula-gula yang mengandungi cecair manis tersebut sangat sama dengan bentuk pewangi ketiak. Apabila ditanya dari mana anaknya peroleh gula-gula itu, anaknya menjawab ianya dibeli di luar sekolah. Memang sama betul dengan deodorant…
Hairan dengan pertanyaan bapanya, anaknya yang menggunakan nama panggilan ‘abang’ bertanya semula kepadanya mengapa soalan sebegitu diajukan. Apengg bagaimanapun tidak terus memarahi anaknya namun memberi penjelasan yang lebih munasabah dan mudah difahami anak kecil seperti itu.
Ayah lihat gula-gula yang abang makan ini sama seperti pewangi ketiak ayah. Abang jangan tunjuk pada adik benda-benda sebegini. Nanti adik ambil deodorant ayah dan hisap kemudian sakit perut keracunan, muntah dan mati bagaimana?” terang Apengg kepada anaknya.

Mengerti dengan nasihat yang diberikan ayahnya, si abang kemudian meyakinkan ayahnya bahawa dia tidak akan makan gula-gula itu di hadapan adiknya, pada masa akan datang.
Ya, sama macam deodorant ayah la. Bahaya, adik sudah lah masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Okay ayah, abang tidak bawa balik rumah lagi gula-gula ini. Abang janji tidak akan tunjuk pada adik,” kata si abang pada ayahnya.
Sungguh, memang anak yang bijak dan baik mendengar kata!
Selain itu, Apengg turut menyeru para peniaga untuk tidak menjual makanan ringan seperti gula-gula yang menyerupai pewangi ketiak itu.
Wahai peniaga-peniaga di luar sekolah atau di mana-mana, tolong jangan jual gula-gula atau makanan ringan menyerupai pewangi orang dewasa atau sama dengan bahan-bahan botol beracun. Bahaya untuk kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa,” katanya.

Bagi kanak-kanak, mereka sudah semestinya tidak mengetahui apa-apa. Apa yang mereka tahu, ia hanyalah makanan, apatah lagi sesuatu yang manis seperti gula-gula itu, sangat menarik perhatian mereka untuk membeli. Jadilah peniaga yang prihatin!
Memang beginilah cara seharusnya mendidik anak, bukan terus menengking dan memarahi mereka. Sebaliknya, beritahu dengan baik tentang akibat jika sesuatu perkara itu berlaku.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Adik Apa Adik Buat Tuh? Biar Betol Adik? Bapa Terkejut Lihat Anak Makan Gula-gula Menyerupai Deodorant.. Lepas Ni Tungkat Moto Pon Boleh Jdi Gula-Gula.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close