(TRENDING) Sering mengejek orang gemuk, lihat siapa jodoh lelaki ini…memang tak sangka!

loading...

Ada orang kata, beauty comes in all shapes and sizes. Namun, sejak dulu lagi masyarakat sudah dimomokan dengan definisi cantik seperti berkulit cerah, berbadan langsing dan tinggi lampai. Isu berat badan ni memang sensitif. Silap hari bulan boleh bawa gaduh.
Samalah kes macam wanita ini. Kisahnya suatu hari dia diejek oleh lelaki kacak yang sangat dihormatinya. Adakah rasa hormatnya akan hilang dan diganti dengan rasa benci yang mendalam? Jom baca apa jadi seterusnya antara dirinya dengan lelaki kacak itu.
Kisah Bermula Di Gerai Ai 
 
Assalamualaikum. Hai semua.
Aku banyak kali baca confessor yang kata dia rasa rendah diri dan tak suka orang ejek dia chubby or gemuk. Ada juga kata susah cari jodoh kalau chubby. Meh sini aku nak share satu cerita. Aku ni umurnya 25 tahun. Berat 69 kg. Tinggi 1.60 m. BMI overweight. Ceritanya bermula masa awal2 aku masuk UIA dulu, aku join satu program baktisiswa ni. Best program ni sebab aku dapat keluarga angkat. Tapi yang tak best nya, cuaca masa tu sangat2 lah panas bahang sampai rasa nak pitam. So masa induction, kebetulan kat luar masjid area kampung keluarga angkat aku ni ada jual air kelapa. Tu diaaaa. Aku memang tak lepas lah beli. Aku lah tukang beli untuk kawan2 jugak sebab diorang sibuk uruskan banyak benda. So masa aku nak beli tu, ada 2 brothers duduk santai area situ. Aku namakan dia ‘M’ dan ‘K’. Aku pun tempahlah “Mak cik, nak 8 cawan air kelapa sejuk’. Ha!!! Banyar gilos kan!!! Kau tahu apa jadi??? Si ‘K’ ni sengih-sengih kat aku cakap “Eh, banyaknya beli. Tak takut bertambah gemuk ke?” (sambil buat muka pipi kembung angin. kau bayang sendiri lah macam mana).
Dia ejek aku kot!!!! Aku benci sangat kat dia!!! Aku menangis kat dalam masjid tempat saf perempuan. Aku cakap dalam hati ” Aku doakan kau kahwin dengan orang gemuk! Baru padan muka kau! Entah siapa gadis malang tu!”. Dalam solat pun aku doa tau. Siap menangis-nangis lagi. Aku memang benci sangat2 sebab sebelum ni aku respect dia. Dia student Darul Quran (DQ). Aku ni dahlah dari secular background, punya respect dia menggunung. Sekali dia ejek..haaa amek kau! Sebelah mata aku tak pandang. Benci! Since then, aku pun buat dont know jelah dengan dia. Peduli apa aku kau DQ ke tak. Handsome ke apa. Once benci, aku memang benci!
Setahun selepas tu, dia text aku balik. Dia tanya aku pasal UIA Kuantan ni. Life dia macam mana. Itulah. Inilah. Masa tu takdelah nak benci sangat. Aku dah cool dah. Aku pun tolong lah apa yang patut. Cuma nya aku takdelah nak reply panjang lebar. Dia tanya sepatah. Aku jawab sepatah. Begitulahh. Oklah. Mesti korang pelik kenapa aku kata jangan benci sangat dengan brother2 yang ejek kita gemuk or chubby ni. Sebab aku takut korang jadi mcm aku!! Rupanya aku lah gadis malang yang aku doa agar ‘K’ kahwin dengan perempuan gemuk tu. Hahaha. Kelakar betul. Entah macam mana boleh sangkut dengan chubby girl macam aku ni. Nasib kau lah ‘K’. Hihihi.
So kesimpulannya, brothers! Dengar sini! Kau jangan nak ejek lebih2 perempuan chubby/debab/gemuk/bam bam atau seangkatan dengannya kalau kau memang takde niat nak kahwin dengan dia. Hidup ini karma tau! Silap hari bulan, isteri kau nanti jenis2 macam ni jugak. Ada jugak yang mula2 kahwin, mak aaaiiihhhh rampiiiiiing, sekali dah kahwin..haaa ambik!!! macam ditiup belon bam bam nya. Yang sister bam bam ni pulak jangan lah rendah diri sangat! Jangan benci sangat kalau orang ejek kita! Mana tahu jodoh Allah, orang yang kau kutuk tulah suami kau. So masing2 sila jaga mulut dan jaga hati yek..jangan over marah macam aku ni haha. Ok selamat malam semua!
loading...

0 Response to "(TRENDING) Sering mengejek orang gemuk, lihat siapa jodoh lelaki ini…memang tak sangka!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close