loading...
“Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa
###Setiap orang yang melalui alam perkahwinan ada perjalanan hidup
masing-masing. Setiap pasangan suami isteri selalunya akan berbincang
untuk menentukan haluan kehidupan mereka bersama.
Zaman kini memang sudah biasa suami isteri bekerja mencari nafkah.
Tetapi sudah tentu ada juga yang memilih untuk menjadi suri rumah
sepenuh masa walapun mempunyai pelajaran yang baik.
Jom baca kisah seorang isteri yang mempunyai ‘degree’ namun memilih untuk menjadi houswife.#
Ini kisahnya:
ADA DEGREE
Assalamualaikum.
sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia
ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life.
Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM, grad tahun 2012. Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary.
Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM, grad tahun 2012. Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary.
BERHENTI LEPAS KAHWIN
So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku
balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia
cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku
waktu tu jadi weekend husband macam dia. Tapi aku bertekad berhenti
jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri
paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas
kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila.
One day still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja
Kuantan pulak.
IBU BAPA RISAU
So kami kahwin. And aku officially jadi HOUSEWIFE. Mulanya mak bapak
mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak
susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?”
“Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset.
Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu
tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).#
Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa
bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update
resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati
aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat
dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak
orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku
suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.
PANDANGAN ORANG SEKELILING
Tp masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india
sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk
kampung, baik belah aku dan suami sama jesemua. sibukkk sangat dok
condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku
tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk brenti
kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita
sekarang duduk rumah aje? Came on lah. Allah tak marah pun kau jadi
housewife. Tu kerja mulia.
Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah
nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk
rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt
UM lg aku dh pandai menjahit.#
ADA RASA IRI HATI
Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa
iri hati. Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n
aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku,
pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati
tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki
bagai.
Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai
kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia
konfidennya jawab aku housewife. Aku ada tanya dia tak menyesal ke
kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji
ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang
balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam
dulu. Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat
keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak.
SEMUA CUKUP
And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup.
Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje
gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.
Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati
aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak
buat teman.
Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun
sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact. Aku jd anti-sosial. Yes tu
adalah kesan jd housewife ye.
Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak
duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir
dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x
kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari
segalanya. Tu syurga aku lepas Allah.#
MORAL OF THE STORY
So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg
kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi
aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive. Kami cuma
bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada
masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah
sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas
gaji sedap.
Verangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi
takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab. So Org
luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd
housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp
housewife please sokong cakap benda baik2.
Terima kasih kerana membaca.#
*suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar
tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah
housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia. Sekian.
loading...
0 Response to "( TRENDING ) " Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje? Came on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia. " -- Luahan Degree Full Houswife !"
Post a Comment