loading...
Kuala Lumpur: “Saya menyesal kerana mengikut kata hati dan tamak untuk
mendapat gaji lebih selain mengharapkan kekayaan dalam masa singkat.
“Sudahnya, saya kini menanggung kerugian kerana terpaksa mengeluarkan
semua wang simpanan untuk menggantikan wang orang ramai yang diberikan
kepada ejen utama,” kata Mohd Faidzol Ismail, 44, ahli perniagaan yang
mendakwa ditipu oleh ejen mencari pemetik buah di Australia, awal Januari lalu.
Menurut Mohd Faidzol, dia kini sudah serik kerana sudah tiada apa lagi
yang tinggal melainkan terpaksa berdepan dengan orang ramai yang menjadi
mangsa penipuan membabit kerugian lebih RM600,000.
Menceritakan bagaimana dia terjebak dengan penipuan berkenaan, Mohd
Faidzol berkata, pada awalnya dia seperti orang lain ingin mencuba
pekerjaan baru sebagai pemetik epal di sebuah ladang di Melbourne,
Australia semata-mata mahu mendapatkan gaji lebih untuk memberi
kesenangan kepada keluarga.
Katanya, menerusi iklan yang tertera di sebuah akhbar tempatan (bukan
akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd), dia kemudian
menghubungi ejen berkenaan yang menawarkan pakej ‘selamat’ iaitu semua
pekerja menggunakan agensi terbabit akan mendapat permit kerja
berbanding mereka yang bekerja secara haram di negara itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
loading...
0 Response to " RINTIHAN !!! "Saya menyesal kerana mengikut kata hati dan tamak untuk mendapat gaji lebih selain mengharapkan kekayaan dalam masa singkat"Hati-hati kalau nak kerja petik buah di Australia...SHARE KEPADA SAHABAT ANDA.."
Post a Comment