loading...
(VIRAL) Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik..Kongsi Pada Yang Ada Penyakit Ini Dan Comment Yang Positif..
Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata.
Setiap orang pasti mahukan kesihatan yang baik tanpa ada apa-apa penyakit yang memudaratkan diri. Namun, jika disahkan mempunyai sesuatu penyakit, janganlah pula kita terlalu sedih, kecewa dan hilang semangat untuk meneruskan hidup.
Seperti seorang lelaki dari Kota Bharu, Kelantan ini yang melakukan sesuatu di luar jangkaan selepas disahkan mempunyai penyakit gastrik. Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Kampung Baru Keroh, Kuala Krai pada 26 Februari lalu.
Buruh binaan berusia 49 tahun itu dikatakan mengunci dirinya di dalam bilik sebelum bertindak menikam perut sendiri menyebabkan ususnya terburai. Mangsa dilaporkan berbuat sedemikian menggunakan golok miliknya.
“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian,” katanya.
Mangsa pula kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan dilaporkan stabil.
Entah apa yang bermain di fikirannya hingga sanggup bertindak mencederakan diri sendiri, membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Kalau ada penyakit, kena kuat semangat!
loading...
0 Response to "(VIRAL) Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik..Kongsi Pada Yang Ada Penyakit Ini Dan Comment Yang Positif.."
Post a Comment