(TRENDING) Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai Untuk Pengatahuan Masing-masing Sila Baca!!

loading...

10. Aksum


Kerajaan Aksum telah menjadi sebutan legenda yang tak terkira banyaknya. Sebagai tempat tinggal mitos Prester John, kerajaan misteri Ratu Sheba, atau tempat persemadian terakhir Ark of the Covenant, Aksum telah lama menjadi pusat imaginasi dunia Barat.
Realiti kerajaan Habsyah (Ethiophia) ini bukannya mitos semata-mata, ia merupakan sebuah kuasa perdagangan antarabangsa. Mendapat akses kepada kedua-dua laluan dagang penting sungai Nil dan Laut Merah (Red Sea), perdagangan Aksum berkembang pesat, dan pada permulaan zaman kegemilangannya, kebanyakan orang Habsyah termasuk di bawah pemerintahan kerajaan Aksum. Kekayaan dan kemakmuran Aksum membenarkan ia berkembang ke tanah Arab.
Pada kurun ke-3 A.D., seorang ahli falsafah Parsi menulis bahawa Aksum merupakan salah sebuah daripada empat kerajaan terbesar dunia, setanding dengan Rom, China dan Parsi. Aksum mula menganut agama Kristian tidak lama selepas empayar Roman menganuti agama sama dan sambung berkembang pesat hingga ke awal Zaman Pertengahan (Middle Ages). Jika tidak kerana kelahiran dan perkembangan agama Islam, Aksum berkemungkinan masih memerintah Afrika Timur. Selepas pesisiran pantai Laut Merah barat di kuasai orang Arab, Aksum hilang akan kelebihan perdagangan utama ke atas jirannya.
Beberapa dekad sebelumnya, seorang raja tamadun purba Aksum dipercayai memberi perlindungan kepada pengikut awal Nabi Muhammad seterusnya boleh dikatakan membantu penyebaran agama Islam di keliling Laut Merah dan kemudiannya tanah Arab.
Wikipedia Inggeris – Kerajaan Aksum

9. Kush


Dikenali dalam sumber Mesir purba dengan kekayaan emas dan sumber alam berharga lain, Kush telah dijajah dan di eksploitasikan oleh jiran utaranya untuk hampir setengah milenium lamanya (kira-kira 1500–1000 Sebelum Masihi (S.M.)). Akan tetapi kisah asal Kush jauh melangkaui masa lampau — artifak seramik bertarikh sejak tahun 8000 S.M. telah ditemui di kawasan sekitar ibu negaranya, Kerma, dan seawal 2400 tahun S.M.
Kush mempunyai hierarki komuniti yang kompleks yanng disokong oleh agrikultur berskala besar. Pada kurun ke-9 S.M., ketidakstabilan di Mesir membenarkan orang-orang Kush untuk mendapat semula kemerdekaan mereka. Dan, sebagai salah satu pertukaran nasib terhebat sejarah, Kush pula menguasai Mesir pada tahun 750 S.M. Untuk beberapa abad selepas itu, keturunan firaun dari orang-orang Kush ini telah memerintah wilayah yang jauh lebih besar daripada pemerintah Mesir sebelumnya. Pemerintah Kush lah yang menghidupkan semula bangunan piramid dan menggalakkan pembinaannya di seluruh Sudan.
Mereka akhirnya di halau keluar Mesir oleh serangan orang Assyria, mengakhiri pertukaran budaya antara Mesir dan Kush selama beratus tahun lamanya. Orang-orang Kush lari ke selatan dan membina semula kerajaan mereka di Meroƫ, yang terletak di tenggara tebing sungai Nil.
Di Meroƫ, orang-orang Kush ini berpisah terus dari pengaruh Mesir dan mencipta bentuk tulisan mereka sendiri, sekarang dipanggil Meroitik. Skrip tersebut masih menjadi misteri dan tidak dapat ditafsirkan sehingga kini, mengaburkan kebanyakan sejarah Kush. Walaupun Raja terakhir Kush mangkat pada tahun 300 A.D., kemerosotan dan sebab sebenar kejatuhannya masih menjadi misteri.
loading...

0 Response to "(TRENDING) Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai Untuk Pengatahuan Masing-masing Sila Baca!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close