loading...
Namun menurut Mek Wook, 60, dia terpaksa berbuat demikian sejak dua tahun lalu kerana anak sulungnya merupakan orang kelainan upaya (OKU) mental.
Saya tiada niat untuk melukai hatinya tetapi saya terpaksa membuat pilihan sukar kerana khuatir dia merayau,” kata Mek.
Mat Yazid Junoh, 30, mengalami masalah mental selepas terlibat dalam satu kemalangan 17 tahun yang lalu. Menurut Mek lagi, Yazid tidak menganggu orang lain tetapi sebaliknya akan ke kedai runcit dan mengambil makanan yang dijual.
“Dia akan ambil macam-macam dan bila kena bayar, rupa-rupanya barang yang diambil mencecah RM60 sehari,” katanya.
Pening memikirkan cara untuk mencari wang bagi membayar ganti rugi, Mek mengambil keputusan untuk mengurung Yazid. Katanya, Yazid hanya dikurung selama 12 jam pada siang hari dan tidur di dalam rumah pada waktu malam.
Sumber: Sinar Harian
“Jam 7.30 pagi saya akan suruh dia tinggal di dalam bilik dan 7 malam boleh naik ke atas rumah semula. Makan dan minumnya saya hantar,” katanya lagi.
Selepas kematian suami, perbelanjaan Mek sekeluarga ditanggung oleh anak bongsunya selain mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suhaimi, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci kontrak di sebuah hospital akui gajinya banyak dihabiskan membayar hutang abang sulungnya itu yang suka mengambil makanan di kedai.
Disebabkan itu, Mek terpaksa mengurung Yazid apabila Suhaimi keluar bekerja. Malah, bilik khas yang dibina untuk Yazid itu juga adalah hasil titik peluh Suhaimi sendiri.
Kadang kala kesusahan dan kepayahan hidup membuat kita terpaksa melakukan sesuatu kerana tiada pilihan lain.
Jika anda menjadi saksi kejadian sebegini, janganlah pula cepat menilai dengan apa yang anda lihat tanpa mengetahui pokok pangkal ceritanya.
loading...
0 Response to "(VIRAL) “Saya Tiada Niat Untuk Melukai Hatinya” – Ibu Terpaksa Kurung Anak OKU Dalam Bilik Khas..Kasihan Tengok Anak Ini DoaKan Yang Terbaik Untuk Anak ini."
Post a Comment