(VIRAL) Wahhhh.. Ini Rupanya Sebab Kenapa Orang Arab Sunatkan Anak Mereka Pada Usia Masih Bayi.. Lihat Perbezaan Berkhitan Antara Orang Arab dan Melayu.

loading...

"Orang Arab sunat masa umur anak mereka masih bayi.. orang Melayu pulak sunat anak masa umur 7 hingga 10 tahun.. tahukah anda kenapa orang Arab sunat anak semasa bayi? baca selanjutnya untu mengetahui perbezaan berkhitan cara Arab dan Melayu yang kita tak tahu.."




Perbezaan Khitan antara Arab & Melayu.

Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.

1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh sepenuhnya, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.

2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.

3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.

4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf asing buat kanak-kanak ketika solat di masjid yang kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia, kerana kanak-kanak Arab sudah sejak kecil disunatkan. Yakni tidak timbul lagi isu menanggung najis kerana belum khitan & sebagainya.

5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham 'mumayyiz': makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.

6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah 'thoharoh' (kebersihan) ke atas kalimah khitan.

7) Cuma bezanya, bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tending tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah "Masuk Jawi" yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .

Tiada salahnya utk kita ubah adat kita kepada satu adat yg lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yg anjurkan oleh Nabi SAW.

Wallahualam..
*Gambar hanya lakonan semata-mata, sekadar ambil berkat amalan orang Melayu ^_^
*Untuk pengetahuan juga, Arab tak sunatkan anak perempuan mereka. Perlu dimaklumi juga ianya khilaf di antara fuqaha'.
*Mesej buat para doktor di Malaysia juga supaya mula belajar untuk sunatkan bayi kecil.

**Murajaah 6 perkara Sunnah Nabi ketika mendapat kelahiran 

Hari pertama : (1) Tahnik

Hari Ke 7 : (1) Beri nama. (2) Aqiqah. (3) Khitan. (4) Cukur rambut. 

*tambahan ; (1) Tanam uri. (2) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak dengan nilai emas atau perak.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Wahhhh.. Ini Rupanya Sebab Kenapa Orang Arab Sunatkan Anak Mereka Pada Usia Masih Bayi.. Lihat Perbezaan Berkhitan Antara Orang Arab dan Melayu."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close