loading...
Agaknya bagaimana rasa burger sama mahal dengan nilai Superbike Kawasaki
Ninja 250 ye?. Tertanya juga mungkin makan sekali kenyang setahun.
Selalunya burger yang dijual di kaki lima bermula dengan harga rm3.50
dan paling mahal pun RM10.00 itu pun dah boleh buat perut kita kenyang.
Tapi percaya atau tidak kalau ada burger yang sama mahal dengan
Superbike Kawasaki Ninja. Soalan pertama anda sanggup beli atau tidak?
Burger yang mencecah puluhan ribu ringgit ini memang ada di Las Vegas.
Harga burger ini bermula dengan 5000 US Dollar atau lebih kurang RM21000
dalam matawang Malaysia.
Burger yang diberi nama FleurBurger itu dijual di Restoran Fleur Hubert Keller, Las Vegas, Amerika Syarikat. Hubert Keller adalah salah seorang chef ternama di Amerika.
Nak tahu kenapa harga burger ni mahal? Burger ini dihasilkan dari daging Wagyu, foie gras (makanan khas Perancis), potongan truffle hitam, dan brioche truffle di atas roti burger. Tidak hairanlah jika harganya mencecah puluhan ribu ringgit dan sama dengan harga sebuah superbike Kawasaki Ninja 250 ABS.
Dari sumber Vegas.com, Las Vegas merupakan syurga yang dipenuhi restoran mewah dan chef terkenal dari seluruh penjuru dunia.
So korang buatlah keputusan sama ada berbaloi atau tak nak makan burger yang harganya hampir sama dengan sebuah superbike Kawasaki Ninja.
loading...
Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. After all I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon! indian motorcycle tours
ReplyDelete